PEMERIKSAAN KESIHATAN PELAJAR BAHARU KEMASUKKAN FEBRUARI 2020
DITANGGUHKAN

Semakan untuk pelajar Diploma/Ijazah Sarjana Muda
sesi kemasukan 20202
                  

(Kampus Shah Alam, Puncak Alam & Puncak Perdana)



Merujuk kepada keputusan kerajaan Malaysia mengenai COVID-19 pada 16 Mac 2020, pelaksanaan perintah kawalan pergerakan mulai 18 hingga 31 Mac 2020 ke seluruh negara, Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam, Unit Kesihatan Puncak Alam dan Puncak Perdana akan menangguhkan pemeriksaan kesihatan pelajar baharu kemasukan Februari 2020. Pelajar yang terlibat akan dimaklumkan tarikh baharu pemeriksaan kesihatan melalui email / laman web Pusat Kesihatan kelak.

Sekian, dimaklumkan.

MAKLUMAN

Mulai Sesi 1 2017/2018 (Sarjana Muda - kemasukan September 2017), semua pelajar baharu yang mendaftar di kampus :
UiTM Shah Alam
UiTM Kampus Seksyen 17

WAJIB melakukan pemeriksaan kesihatan di PUSAT KESIHATAN UITM SHAH ALAM.

Manakala, pelajar baharu yang mendaftar di kampus :
UiTM Kampus Puncak Alam & UiTM Kampus Puncak Perdana
WAJIB melakukan pemeriksaan kesihatan di UNIT KESIHATAN UITM PUNCAK ALAM & UNIT KESIHATAN UITM PERDANA.

MAKLUMAN TAMBAHAN:
Anda dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti supaya urusan pada HARI PEMERIKSAAN berjalan dengan lancar:

1. Pemeriksaan air kencing (Pelajar Perempuan sahaja):         
Pelajar yang sedang haid pada hari temujanji pemeriksaan kesihatan dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak Pusat/Unit Kesihatan
2. Sila hubungi pihak Pusat/Unit Kesihatan untuk sebarang kemusykilan:
Pusat Kesihatan Shah Alam - No. Tel: 03-5521 1499 / 03-5544 3833
Unit Kesihatan Puncak Alam - No. Tel: 03-3258 4131 / 03-3258 4139
Unit Kesihatan Puncak Perdana - No. Tel: 03-7962 2344